Tips Mengembara ke Taiwan 7 Hari Dengan RM1,800

Tips Mengembara ke Taiwan 7 Hari Dengan RM1,800

1. Tempahan Penerbanganan

Tempah tiket dari Kuala Lumpur – Taipei (ibukota Taiwan)

Jika anda cekap orangnya, pasti anda dah beli tiket lebih awal pada harga yang lebih murah.Untuk percutian  kali ini, kami gunakan AirAsiaGo (kami dapat tiket serendah RM750 pergi-balik) tetapi itupun harga waktu puncak.Oleh itu, jika anda beli awal, mungkin akan dapat harga tiket yang lebih rendah.

Satu lagi tip,daftarlah untuk jadi ahli AirAsiaGo dan jika anda beli tiket penerbangan melalui laman ini, anda boleh menjimatkan tawaran hotel kerana mereka beri diskaun sehingga 50% mengikut tempoh tertentu!#terbaik

Image via AirAsiaGo
Image via AirAsiaGo

Perjalanandari Kuala Lumpur ke Taipei: 4 jam

Kos Tiket Penerbangan = RM750 (pergi – balik)

2. Tempah Hotel

Image via AirAsiaGo
Image via AirAsiaGo

Di mana lagi, kalau bukan melalui AirAsiaGo?Oleh kerana tiket pernerbangan telah ditempah melalui laman ini, kami juga dapat pelbagai tawaran kerana di laman ini terdapat lebih 660 hotel di Taiwan yang ditawarkan mengikut bajet. Fuh, banyaknya! Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menempah hotel berharga RM140 satu malam.

Bajet untuk Hotel – RM140 satu malam x 6 malam = RM840/2 (kongsi dua orang) = RM420 seorang

3. Internet!

Image via forums.hardwarezone.com.sg
Image via forums.hardwarezone.com.sg

Pentingnya untuk kekal berhubung, terutamanya di media sosial. Di Taiwan, sambungan internet 4G (di kebanyakan tempat) dengan data tanpa had!!! Fuh, memang best! Cuma beli kad SIM untuk pelancong di Taiwan.

Berikut Pakej SIM 4G yang ditawarkan di Taipei Taoyuan Airport.

Taiwan merupakan salah satu negara yang menawarkan internet 3G dan 4G tanpa had mengikut pas harian.

– Pas 3 hari tanpa had + NT$100 kredit= NT$300
– Pas 5 hari tanpa had+ NT$50 kredit = NT$300
– Pas 5 hari tanpa had+ NT$300 kredit= NT$500
– Pas 7 hari tanpa had+ NT$150 kredit = NT$500
– Pas 10 hari tanpa had+ NT$100 kredit = NT$500
– Pas 15 hari tanpa had+ NT$100 kredit = NT$700
– Pas 15 hari tanpa had+ NT$250 kredit = NT$800
– Pas 30 hari tanpa had+ NT$430 kredit = NT$1000

Kalau anda bercadang nak ke Taipei selama 7 hari 6 malam, apa kata andaambil Pas 7 hari tanpa had pada harga NT$500 (kira-kira RM60). Memang berbaloi sebab anda sentiasa ada Internet sebagai rujukan kalau tersesat ataupun untuk sebarang carian dan pertanyaan.

Internet 4G tanpa had untuk 7 hari = RM60 (NT$500)

4. Pengangkutan di Taiwan

Sebaik sahaja anda melangkah ke Taoyuan Airport, anda boleh menaiki bas ke Taipei Main Station (terletak di tengah-tengah Taipei).

Image via oyhz.blogspot.com
Image via oyhz.blogspot.com

Terdapat banyak bas yang datang kerap dan kosnya adalah NT$125 (kira-kira RM15) untuk satu tiket.

Bajet pengangkutan di Taiwan (Lapangan Terbang)

i) Bas dari Taoyuan International Airport ke Taipei Main Station = RM15 (NT$125)

ii) Bas dari Taipei Main Station ke Taoyuan International Airport = RM15 (NT$125)

Tambang MRT Taipei

 

Jika anda memilih untuk menaiki metro, tambangnya juga agak murah.Lebih mudah untuk anda membeli EasyCard (sama seperti kad Touch ‘n’ Go di Malaysia).

Image via www.ptt.cc
Image via www.ptt.cc

EasyCard bersaiz seperti kadkredit dan harganya adalah NT$500 (kira-kira RM60).

Dalam kad tersebut anda dibekalkan NT$400 kredit(kira-kira RM50) dan selebihnya NT$100 untuk deposit kad. Penggunaan EasyCard akan membolehkan anda menikmati 20% diskaun untuk tambangTaipei MRT.

BajetPengangkutan di Taiwan (MRT):

i) Menaiki MRT denganEasyCard = RM60 (NT$500) – Dah cukup!

5. Makanan

Street Food Taiwan

Disebabkan bajet kami adalah agak terhad (RM1,800untuk 7 hari dan 6 malam) kami mesti bijak dalam belanja makan. Tapi tidak perlu risau sebab di Taiwan ada banyak makanan lazat pada harga yang murah. Ada juga makanan Halal ya!

Kos untuk satu hidangan adalah lebih kurang NT$120 ke NT$160 (RM15 – RM20). Ada juga makanan yang lebih mural ditempat-tempat lain.

Image via www.trover.com
Image via www.trover.com

Taipei terkenal dengan pasar-malam dan tarikan utama mereka mestilah street food. Jika anda adventurous orangnya, apa kata cuba street food di pasar-malam besar yang popular di kota Taipei:

1. Tonghua Night Market
Waktu pembukaan: 6pm ke 2am setiap hari
2. Shilin Night Market
Waktupembukaan: 5pm ke 1am setiap hari
Image via www.expedia.com
Image via www.expedia.com
3. Gongguan Night Market
Waktu pembukaan: 6pm ke 12am setiap hari
4. Huaxi Street Night Market
Waktu pembukaan: 4pm ke 12am setiap hari
Image via www.panoramio.com
Image via www.panoramio.com
5. Raohe Street Night Market
Waktu pembukaan: 5pm ke 12am setiap hari
6. Ningxia Night Market
Waktu pembukaan: 6pmke 12am setiap hari
Image via randomwire.com
Image via randomwire.com
7. Lehua Night Market
Waktu pembukaan: 6pm ke 12am setiap hari

Bajet makanan untuk 7 hari = RM420 (NT$3300)

5. i) Makanan Halal di Taipei, Taiwan

Image via kristinlam.wordpress.com
Image via kristinlam.wordpress.com

Jangan terkejut jika kami katakan agak mudah untuk menikmati Makanan Halal di Taiwan.Dan jangan was-was juga kerana mereka mempunyai dua badan pengiktirafan sijil halal iaitu Taiwan Halal Integrity Development Association (THID) dan Chinese Muslim Association kedua-duanya mereka tegas dalam mengiktiraf dan mengeluarkan pensijilan halal untuk peniaga makanan.

www.halalverified.com
www.halalverified.com

Pengiktirafannya berbeza mengikut “restoran halal” sama ada ia restoran dimiliki Muslim,ataupun ia restoran yang menyediakan makana nuntuk Muslim, tetapi dimiliki oleh orang bukan Muslim.  Semuanya restoran yang mempunyai sijil selamat untuk dinikmati oleh orang Islam.

ii) Restoran manakah yang Halal?

Image via ririfoodtraveler.blogspot.com
Image via ririfoodtraveler.blogspot.com

Seperti yang kami katakan tadi, terdapat banyak pilihan makanan Halal di Taiwan. Hidangan meliputi sajian dari Cina, Taiwan, India ataupun alaMesir.

Jika anda benar-benar ingin menjamu selera, apa kata anda cuba restoran 5 bintang Palais De Chines. Terdapat banyak pilihan disediakan kerana mereka menawarkan buffet.

Image via taiwanhalalfood.blogspot.com
Image via taiwanhalalfood.blogspot.com

Peringatan untuk street food: Berhati-hati kerana kebanyak makanan mereka dimasak menggunakan lemak khinzir. Jadi mungkin lebih baik anda bertanya dahulu ataupun memilih hidangan vegetarian.Jangan main bedalaje!!

Berikut senarai Restoran Halal di Taipei, Taiwan. Lihat di laman ini.

6. Aktiviti di Taiwan

i). Jiufen Old Street. The Santorini of Taiwan

Image via www.travelandescape.ca
Image via www.travelandescape.ca

Kos: Percuma (Hanya kos pengangkutan sahaja) – gunakan EasyCard

ii). Gold Mine di Gold Ecological Park

Kos: Percuma

iii) Golden Waterfall

Kos: Percuma

iv). Yin Yang Sea

Kos: Percuma

v). Mount Keelung

Kos: Percuma

Vi). Taipei Grand Mosque

Kos: Percuma

Vii) Taipei 101

Taipei 101

Kos: NT$500 (RM60) – Taipei 101 Observatory (Klik untuk info lanjut)

Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Taipei sehingga kami tak dapat nak senaraikan semuanya.Jika anda ingin tahu lebih lanjut, lihat di laman ini

7. Membeli-belah

Image via www.lacitytravel.com.au
Image via www.lacitytravel.com.au

Fuh, Taipei sememangnya syurga untuk kaki beli-belah! Kebanyakan benda adalah murah bergantung pada apa yang anda ingin cari. Kami tidak memasukkan sebarang bajet di sini kerana setiap individu berbeza cita rasanya.Jadi eloklah jika anda membawa wang tunai ekstra ke Taipei.

8. Kos secara keseluruhan

– Tiket Penerbangan (Pergi-balik) = RM750 (lebih murah jika tempah awal)
– Hotel – RM140*6 = RM840/2 (bilik dikongsi berduaan) = RM420
– Pengangkutan dari Taoyuan International Airport ke Taipei Main Station = RM30 (pergi-balik)
– Pengangkutan di Taipei menggunakan EasyCard = RM60
– Makanan =RM420 (untuk 7 hari)
– Internet = RM60 (Internet tanpa had untuk 7 hari)
– Jumlah = RM1740untuk 7 hari 6 malam di Taiwan

Oops, jika anda rasa 7 hari terlalu lama dan akan merindui makanan Malaysia pula, apa kata anda cepat-cepat rebut promosi terkini AirAsiaGo. Alami kemeriahan Taiwan selama 3 malam bermula hanya RM800 seorang (termasuk penerbangan + cukai).Ha, tunggu apalagi. Eksplorasi Taipei bermula sekarang!

taipei ad

Written by AirAsiaGo

One of the fastest growing online travel portals in Asia, offering travellers an extensive selection of hotels, activities and travel services.