SELOKA FAKTA MENARIK SATU MALAYSIA

seloka kata satu malaysia
1. BANK hanya akan beri loan kepada orang yang mampu membuktikan mereka tidak memerlukan loan

2. SYARIKAT INSURANS hanya memberi insurans kepada orang yang mampu membuktikan mereka tidak perlukan insurans

3. Orang yang BANKRUPT di negara ini boleh menjadi seorang jutawan di negara lain pada masa yang sama

4. Orang yang bankrupt tidak boleh dikenakan saman walaupun saman speed trap mahupun AES. Sudah bankrupt, mana ada duit mahu bayar saman

5. Bank akan sayang kepada mereka yang ada akaun FIXED DEPOSIT (FD). Tetapi FD Islamik yang ditawarkan sudah diletakkan porsi keuntungannya awal-awal. Jika ikut cara Islam, selepas diisytihar keuntungan, barulah dibahagi-bahagikan

6. PENJAWAT AWAM tidak dibenarkan mencari pendapatan sampingan dengan berniaga. Tetapi Kementerian boleh berbisnes. Contoh, 1MDB sebuah entiti bisnes 100% milik Kementerian Kewangan Malaysia

7. Untuk berniaga online dan offline, Rakyat Malaysia perlu ada LESEN. Jika tidak, akan disaman, disita malah dipenjara. Bangla, Nepal, Myanmar, Acheh?

8. US adalah RAKAN DAGANG utama Malaysia. Jatuh ekonomi US, jatuh juga ekonomi kita

9. Gen-Y dan Gen-Z tidak minat FACEBOOK. Ada yang tidak kenal pun. Mereka lebih gemar Instagram kerana lebih simple. Tiada ayat berjela-jela. Twitter adalah tempat untuk melepaskan perasaan. Patutlah Facebook sekarang ini banyak iklan ubat kuat saja

10. HARGA minyak dan harga barang mempunyai correlation yang pelik. Harga minyak naik, harga barang naik. Harga minyak turun, harga barang kekal. Harga minyak naik semula, harga barang naik juga. Negative oligopoly barangkali

P/S: Semua fakta di atas adalah tipu semata-mata. Mengikut laporan BULETIN UTAMA dan UTUSAN MALAYSIA.
Credits to: Redzuan Roslan



Written by FunnyMalaysia

The leading media company in Malaysia for the social age, intensely focused on delivering high quality original reporting, insights and viral contents.